MALAYSIA
Ancaman haiwan pemangsa punca ketiadaan ikan kelah di santuari - Ketengah
Foto pada tahun 2023 di Santuari Kelah Tasik Kenyir menunjukkan kumpulan pelancong yang masih berpeluang mendekati kawanan ikan kelah yang jinak. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Gangguan haiwan pemangsa dikenal pasti sebagai punca ketiadaan ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir baru-baru ini.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dalam kenyataan hari ini berkata ancaman daripada pemangsa seperti memerang menyebabkan ikan berkenaan kurang jinak dan berenang keluar dari kawasan lubuk yang menjadi tumpuan pelancong.
Bagaimanapun, situasi tersebut telah pulih selepas Ketengah melaksanakan beberapa langkah pencegahan, pemantauan dan proses penjinakan ikan secara intensif bagi menarik hidupan berkenaan kembali ke kawasan lubuk.
"Operasi Santuari Kelah sedikit terjejas sejak 18 Ogos lepas akibat gangguan pemangsa yang menyebabkan ikan kelah kurang jinak dan menjauhkan diri dari lubuk, tidak seperti sebelumnya.
"Ketengah telah mengambil tindakan segera bagi memastikan ia tidak menjejaskan populasi ikan kelah di lokasi tersebut dan juga untuk keselesaan pelancong," menurut kenyataan itu.
Ketengah turut memaklumkan operasi Santuari Kelah di Tasik Kenyir akan ditutup bermula esok hingga 24 Ogos bagi kerja penyelenggaraan dan naik taraf.
Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Arif Aizat, 21, berkata dia agak kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan ikan kelah seperti yang dipaparkan di media sosial.
"Saya dan rakan-rakan terkilan kerana terlepas pengalaman memberi makan dan mandi bersama ikan kelah setelah membayar harga pakej yang agak tinggi iaitu antara RM35 hingga RM50 seorang.
"Kami datang dari jauh sebab nak tengok ikan kelah yang banyak dan besar di Tasik Kenyir tetapi apabila sampai kami terkejut apabila ada dua atau tiga ekor sahaja," katanya.
Arif berkata pihak berkaitan perlu mengambil tindakan segera kerana ia seperti menganiaya pelancong dan jika perkara ini berterusan, industri pelancongan Terengganu juga akan terjejas.
-- BERNAMA