awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman harimau, Hutan Lipur Air Terjun Menderu ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
08:00 MYT
Ancaman harimau, Hutan Lipur Air Terjun Menderu ditutup
Notis penutupan akibat ancaman harimau ditampal pada pintu masuk Kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, di sini ditutup sementara kepada semua pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga mengelak ancaman harimau belang yang dipercayai berkeliaran di kawasan itu.
Menurut Jabatan Perhutanan Terengganu, penutupan kawasan itu berkuatkuasa bermula Selasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
"Taman Eko-Rimba Air Menderu tidak dibenarkan beroperasi dan ditutup kepada pengunjung awam atas faktor keselamatan," katanya melaui notis berkenaan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Chabang, Ahmad Thalhah Ubaidillah Amri berkata, kawasan itu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran serangan harimau berdekatan kawasan itu sejak awal Januari lalu.
Katanya, sehingga kini dua ekor lembu dua ekor anjing milik penternak di kawasan itu telah dibaham binatang buas berkenaan.
"Ada penduduk mendakwa terjumpa harimau berhampiran kawasan perkelahan ini selepas dua ekor anjing milik penternak dan pekebun di kawasan ini dibaham," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rabu.
Kesan tapak kaki harimau dianggarkan sebesar enam inci ditemui di kawasan rekreasi itu.- Foto ihsan pembaca
Kesan tapak kaki harimau dianggarkan sebesar enam inci ditemui di kawasan rekreasi itu. - Foto ihsan pembaca
Beliau berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang sebuah perangkap untuk menangkap harimau sejak tiga minggu lalu.
"Polis turut membuat pemantauan di kawasan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengunjung tidak berkelah di kawasan ini," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#harimau
#Hutan Lipur Air Terjun Menderu
#Kerteh
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan