awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman IS libatkan semua golongan - Abdul Rahim

Bernama
Bernama
27/03/2015
02:18 MYT
Ancaman IS libatkan semua golongan - Abdul Rahim
ABDUL RAHIM: Gerakan IS merupakan ancaman global yang bukan sahaja melibatkan negara di Timur Tengah
Ancaman kumpulan militan IS yang mahu mempengaruhi orang ramai menyertainya perlu dilihat secara serius kerana ia melibatkan semua golongan, sama ada orang awam mahupun penjawat awam, malah golongan bijak pandai juga boleh terpengaruh dengan ideologi kumpulan itu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata ini kerana Gerakan IS merupakan ancaman global yang bukan sahaja melibatkan negara di Timur Tengah malah merebak ke seluruh dunia atas keupayaan media sosial hari ini.
"Ini sudah tentu akan memberikan kesan kepada keselamatan dan keamanan negara kita kerana apabila mereka (militan IS rakyat Malaysia) ke sana sudah tentu mereka memperoleh kemahiran tertentu yang mungkin menyebabkan mereka kembali ke tanah air sehingga menimbulkan masalah akidah yang dipercayai mereka," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran pendekatan Wasatiyyah peringkat Kementerian Pertahanan (Kementah) di Auditorium Kementah, di sini, semalam.
Beliau berkata isu berkaitan kumpulan militan, jika tidak ditangani akan mewujudkan kegiatan keganasan, seperti yang pernah berlaku sebelum ini di negara lain di rantau Asia Tenggara.
"Kita harus berwaspada kerana perkara ini akan menyebabkan wilayah (negara) bergolak sekiranya kumpulan ini tidak dibanteras habis-habisan.
"Apa yang diberitahu pihak polis, tidak kurang 10 rakyat Malaysia telah pun mati sebagai pengebom berani mati atas kepercayaan, mereka ke sana berjihad untuk mempertahankan agama tetapi ia merupakan sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam sendiri," kata Abdul Rahim.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menjauhkan diri daripada menyertai mana-mana kumpulan yang berideologi ekstrem serta menyimpang jauh daripada ajaran Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahim berkata Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) akan dipertanggungjawabkan bersama Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) untuk membangunkan Modul Perancangan Sejagat bagi mengadakan jerayawara tentang apa itu IS dari segi pengertian jihad sebenar dalam Islam.
"Alhamdulillah, setakat ini 30 jerayawara taklimat ancaman IS dilaksanakan di seluruh negara," katanya.
Difahamkan jerayawara itu menyasarkan anggota ATM dan orang ramai.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Bakri
#IS
#Islamic State
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan