awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
08:21 MYT
Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
Berkait dakwaan 'Anonymous Malaysia' kononnya keselamatan infrastruktur dan sistem siber negara di tahap rendah, MKN berkata kerajaan amat memandang berat berhubung perkara tersebut, - Gamba hiasan
KUALA LUMPUR:Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan memaklumkan ia susulan ancaman oleh 'Anonymous Malaysia' untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video yang dikeluarkan di platform media sosial mereka pada Isnin.
"NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya," memetik kenyataan itu.
Berkait dakwaan 'Anonymous Malaysia' kononnya keselamatan infrastruktur dan sistem siber negara di tahap rendah, MKN berkata kerajaan amat memandang berat berhubung perkara tersebut.
"Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan, serta sistem-sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan-tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan.
BACA: Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
"Tindakan ini jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang dilancarkan pada bulan Oktober 2020 lalu, dimana strategi ini menggariskan tindakan-tindakan bagi mengukuhkan sistem ICT kerajaan serta sistem-sistem kritikal negara termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan," kata MKN.
Amaran Penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?
Video berdurasi lebih 2 minit dikeluarkan 'Anonymous Malaysia' itu mengimbas semula kejadian kebocoran data syarikat telekomunikasi pada 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.
Keselamatan Siber | Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia
Malah, peningkatan kes berkait serangan siber baru-baru ini termasuk yang melibatkan portal web Angkatan Tentera Malaysia sebagai asas dakwaan mereka.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Majlis Keselamatan Negara
#serangan siber
#NACSA
#Agensi Keselamatan Siber Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan