[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Anda bernilai RM16 di mata Facebook

Nizam Bakeri 28/01/2016 | 10:00 MYT
Zuckerberg turut mengumumkan komitmen Facebook untuk meningkatkan capaian Internet di seluruh dunia melalui projek penyebaran data melalui pancaran laser dron - Foto AFP/Joel Saget
Percaya atau tidak, Facebook kini semakin berjaya menjana pendapatan dengan menggunakan anda semua.
Rabu lalu, Facebook telah menerbitkan laporan perolehan untuk suku keempat 2015 yang menyatakan syarikat tersebut secara purata menjana 3.73 dolar Amerika (RM15.84) dari setiap pengguna laman tersebut, lapor Washington Post.
Laman sosial terbesar dunia itu turut mencatatkan peningkatan 14 peratus bagi bilangan pengguna dengan 1.59 billion pengguna aktif pada tempoh tersebut.
Facebook mencatat pendapatan 5.8 billion dolar Amerika pada suku keempat 2015, peningkatan 52 peratus berbanding suku pada tahun sebelumnya.
Kedudukan Facebook yang kukuh ini pasti dicemburui oleh firma teknologi lain seperti Apple dan Twitter yang bergelut dengan pertumbuhan pengguna yang lembap beberapa minggu lalu.
Menurut ketua eksekutif Mark Zuckerberg, Facebook turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam sektor pesanan peribadi dengan aplikasi Messenger dan Whatsapp.
Aplikasi Instagram turut diberi perhatian khusus sebagai platform pengiklanan kedua terbesar syarikat tersebut.
#Facebook #Facebook umum pendapatan suku tahun keempat 2015 #Mark Zuckerberg #perolehan Facebook