[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
GADGETS

Android kini dibangunkan secara persendirian oleh Google

Amanz 27/03/2025 | 04:20 MYT
Google akan membangunkan Android secara persendirian untuk mempercepatkan proses dan mengurangkan konflik. -Amanz
PEMBANGUNAN sistem operasi Android anda mengalami perubahan besar bermula minggu depan selepas Google mengumumkan ia akan dilakukan secara persendirian.

Ringkasan AI
  • Google akan membangunkan Android secara persendirian untuk mempercepatkan proses dan mengurangkan konflik.
  • Android masih sumber terbuka, tetapi kemas kini kod sumber AOSP akan diterbitkan dengan kekerapan lebih rendah.
  • Perubahan ini hanya memberi kesan kepada pembangun, bukan pengguna biasa.

Android masih lagi sistem operasi sumber terbuka tetapi kesemua pembangunan sistem operasi kini akan dilakukan secara persendirian oleh Google bagi memperkemaskan aliran sekali gus mempercepatkan proses sedia ada.
Sebelum ini Google membangunkan Android secara persendirian dan juga menerusi Android Open Source Project (AOSP).
Pembangun lain akan memberikan saranan perubahan pada ciri dan sistem menerusi AOSP. Tetapi apa yang berlaku ialah Google juga melakukan perubahan menerusi pembangunan dalaman mereka.
Akibatnya sebelum versi akhir Android boleh dilancarkan, sebarang isu pada kedua-dua versi perlu ditampal oleh Google menyebabkan penggunaan sumber masa tambahan yang boleh dielakkan.
Kadang kala versi Google dan AOSP menggunakan API yang berbeza mewujudkan konflik.
Dengan perubahan ini, Google akan membangunkan Android secara peribadi dengan kemas kini kod sumber AOSP untuk pembangun akan diterbitkan pada kekerapan yang lebih rendah.
Sebagai ringkasan perubahan ini hanya akan memberikan kesan kepada pembangun dengan impaknya tidak akan dirasai oleh pengguna biasa yang hanya menggunakan Android versi akhir pada peranti milik mereka. -Amanz
#Android Open Source Project #AOSP #sumber terbuka #dilakukan secara persendirian