awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggap dugaan berat, ibu reda pemergian 3 beradik lemas di pantai

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
03/06/2021
10:00 MYT
Anggap dugaan berat, ibu reda pemergian 3 beradik lemas di pantai
Awalah berkata, keluarganya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa walaupun selepas beberapa hari berlalu. - Gambar/ Astro AWANI
PUTATAN: “Berat untuk diterima, tetapi saya dan keluarga reda dengan ketentuan Allah,” demikian kata Awalah Antulah, 51.
Dia kehilangan seorang anak kandung dan dua anak tiri yang lemas dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pantai Gorongon, berhampiran Kampung Contoh di sini, malam Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, mayat Norain Amit, 13, ditemui pada jam 8.20 malam sebelum Rafidah, 14, ditemui kira-kira 40 minit selepas itu. Mayat adik mereka, Korais, lapan tahun, bersama seorang sepupu berusia 17 tahun ditemui kira-kira jam 9.30 malam.
Mengulas lanjut, Awalah berkata, keluarganya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku walaupun selepas beberapa hari berlalu.
"Sehingga kini masih berat untuk saya menerimanya kerana mereka adalah anak yang baik.
"Anak (kandung) saya, Norain, selalu keluar untuk menjual buah-buahan di sekitar Putatan dan apabila pulang daripada menjual, dia akan belikan makanan untuk saya serta adik-beradiknya yang lain," katanya.
BACA: 4 termasuk 3 beradik ditemui lemas dihanyutkan ombak
Beliau berkata, Rafidah dan Korais adalah anak kepada isteri pertama suaminya.
Jenazah tiga beradik itu serta seorang sepupu yang lemas dalam kejadian itu selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Contoh, di sini pada jam 3 petang Khamis.
Upacara pengebumian dihadiri ahli keluarga terdekat selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.
Pengurusan keempat-empat jenazah turut dibantu Persatuan Amal dan Jariah Sabah (TEAM AMAL), Pertubuhan Gerakan Amal Kasih Sabah (GERAKS), Darul Aisyah dan AJK Masjid Assalam Kampung Contoh.
Topic Berkaitan
#lemas
#Pantai
#Putatan
#3 beradik maut
#ibu reda
#pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan