awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggaran pendapatan negeri melebihi RM10 bilion buat kali kedua

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
09/11/2020
11:13 MYT
Anggaran pendapatan negeri melebihi RM10 bilion buat kali kedua
Sarawak berada di landasan yang betul untuk terus menghasilkan semula pendapatan bagi belanjawan yang lebih besar. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Strategi penjanaan semula hasil oleh kerajaan negeri dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan anggaran pendapatan negeri itu mencecah RM10.012 bilion bagi bajet negeri 2021.
Ini merupakan kali kedua anggaran pendapatan negeri itu melebihi RM10 bilion.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Sarawak berada di landasan yang betul untuk terus menghasilkan semula pendapatan bagi belanjawan yang lebih besar tanpa terlalu bergantung kepada belanjawan Persekutuan.
“Itulah sebabnya menjelang 2023 dan 2025, pendapatan Sarawak mungkin akan bertambah RM5 bilion daripada jumlah ketika ini.
“Ketika itu pastinya hampir semua projek pembangunan infrastruktur yang sedang dibangunkan telah selesai dan kita boleh memfokuskan kepada perkara-perkara seperti dana khazanah dan sebagainya,” kata Sim.
Terdahulu Sarawak menjana lebih RM3 bilion hasil daripada Cukai Jualan Negeri (SST) hasil produk petroleum negeri itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Anggaran pendapatan negeri
#kerajaan negeri Sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
#Belanjawan Sarawak 2021
#Belanjawan 2021
#Cukai Jualan Negeri
#Dewan Undangan Negeri Sarawak
#sim kui hian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan