MALAYSIA
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk cedera parah selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba mengelak seekor anjing di Selekoh, Bagan Datuk awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk cedera parah selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba mengelak seekor anjing di Selekoh, Bagan Datuk awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.03 tengah malam.
Beliau berkata pacuan empat roda dipandu mangsa Hafizul Borhan, 25, telah hilang kawalan selepas mengelak seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba sebelum melanggar sebatang tiang telekomunikasi dan sebatang pokok.
Mohd Fazly berkata mangsa mengalami pelbagai kecederaan serius termasuk bengkak pada jantung dan buah pinggang, patah tujuh tulang rusuk, kerosakan usus, patah tangan serta patah kedua-dua belah kaki.
Katanya sebaik menerima panggilan, pegawai dan anggota APM telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.
"Mangsa telah dimasukkan ke dewan bedah pada 11.50 pagi tadi dan seterusnya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan. Keadaan mangsa kini ditidurkan dan masih menunggu perkembangan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) cedera parah selepas kenderaan dipandunya terbabas cuba mengelak seekor anjing di Bagan Datuk.
- Mangsa, Hafizul Borhan, 25 tahun, mengalami pelbagai kecederaan serius termasuk bengkak pada jantung dan buah pinggang serta patah tujuh tulang rusuk.
- Pegawai dan anggota APM dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.