NATIONAL

Anggota FRU maut kemalangan: Lori pasir alami kegagalan fungsi stereng - Polis

Sinar Harian 13/05/2025 | 04:50 MYT
Kejadian berlaku pada jam 8.51 pagi ketika lori FRU Unit 5 dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan. - Gambar/ APM Hilir Perak
TELUK INTAN: Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus–Sungai Lampam di sini pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Kegagalan fungsi stereng lori pasir dipercayai menyebabkan nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan ChikusSungai Lampam.
  • Kejadian berlaku pada jam 8.51 pagi ketika lori FRU Unit 5 dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada jam 8.51 pagi dan melibatkan sebuah lori pasukan yang membawa 18 anggota dengan sebuah lori muatan pasir.
“Lori FRU Unit 5 tersebut dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan pasukan telah dirempuh dari hadapan oleh lori pasir terbabit yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
“Polis Perak menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya. - Sinar Harian
#angka korban #anggota FRU maut #kemalangan maut #punca kemalangan