NATIONAL

Anggota FRU maut kemalangan: Polis akan siasat dengan terperinci - Shamsul Anuar

Bernama 13/05/2025 | 05:10 MYT
Ketua Polis Hilir Perak, ACP Bakri Zainal Abidin, mengesahkan bahawa sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas tersebut. - Gambar/ Media sosial
LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci nahas yang mengorbankan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) melibatkan sebuah trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, di Teluk Intan pagi ini.

Ringkasan AI
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai nahas yang mengorbankan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampan.
  • Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan bahawa langkah sewajarnya akan diambil untuk kebajikan waris.
  • Ketua Polis Hilir Perak, ACP Bakri Zainal Abidin, mengesahkan bahawa 9 anggota FRU terkorban dalam nahas tersebut.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa, Timbalan Menterinya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah sewajarnya akan diambil termasuk dalam soal kebajikan waris dan sebagainya.
"Saya mengharapkan ahli keluarga mangsa yang terkorban tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang berlaku ini.
"Saya juga yakin bukan hanya siasatan malah pihak polis juga akan membantu mengambil langkah sewajarnya dalam soal kebajikan mereka," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Pondok Polis Sementara Kampung Beng di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas yang berlaku pada 8.54 pagi itu.
-- BERNAMA
#nahas FRU #kemalangan maut #tragedi FRU #KDN