awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PDRM jangan subahat dalam isu libatkan keselamatan negara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/07/2016
09:17 MYT
Anggota PDRM jangan subahat dalam isu libatkan keselamatan negara
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan di perkarangan Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi. - Foto PDRM
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak akan sesekali leka mahupun berkompromi dalam apa jua hal melibatkan keselamatan dan keamanan negara termasuk jika ia melibatkan warga PDRM.
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, warga PDRM seharusnya lebih berwaspada dan peka terhadap sebarang ancaman dan faktor keselamatan.
Katanya, anggota PDRM sepatutnya menitikberatkan semua aspek keamanan dan ketenterawam awam dalam menjalankan tanggungjawab.
“Warga PDRM tidak boleh alpa dan jangan sesekali bersubahat atau berkompromi terhadap apa jua isu yang melibatkan kepentingan dan keselamatan negara yang kita cintai ini," ujarnya dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan di pekarangan Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Antara lain, Datuk Seri Zulkifli menegaskan setiap kelemahan dalam sistem pengurusan PDRM perlu dikenal pasti dan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian perlu diambil bagi menangani setiap permasalahan tersebut.
Justeru, warga PDRM juga digesa menitikberatkan service delivery terhadap masyarakat dan penyeliaan yang berkesan oleh setiap penyelia yang bertanggungjawab mengatur gerak penugasan anggota PDRM.
Dalam majlis tersebut, beliau turut berbesar hati menyempurnakan pemakaian pangkat kepada enam pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat dan Surat Penghargaan kepada empat pegawai kanan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Datuk Asri Yusoff, barisan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam dari Jabatan Pengurusan PDRM.
Topic Berkaitan
#Datuk Sri Zulkifli Abdullah
#Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
#keselamatan dan keamanan negara
#Pengarah Pengurusan PDRM
#Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengurusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan