awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah RM3,000

Faida Rahim
Faida Rahim
22/08/2023
15:15 MYT
Anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah RM3,000
Suspek dipercayai ditahan kira-kira jam 5 petang tadi ketika hadir untuk mendapatkan wang daripada warga Bangladesh terbabit - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai balasan untuk melepaskan barangan milik warga Bangladesh.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40an yang bersama rakannya yang dipercayai masih bebas telah menahan seorang warga Bangladesh atas kesalahan permit kerja tamat tempoh pada Jun lalu di sekitar Kuala Lumpur.
Beliau berkata, suspek kemudian meminta warga Bangladesh itu menyerahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM3,000 sebagai balasan untuk melepaskan dua telefon bimbit dan barangan kemas milik warga asing tersebut.
"Suspek dipercayai ditahan kira-kira jam 5 petang tadi ketika hadir untuk mendapatkan wang daripada warga Bangladesh terbabit," kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok bagi tujuan permohonan reman.
Topic Berkaitan
#anggota penguat kuasa
#SPRM
#warga awing
#permohonan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan