NATIONAL
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak

Keadaan motosikal milik mangsa dalam kemalangan di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di Hulu Selangor pada Khamis. -Sinar Harian
HULU SELANGOR: Perjalanan pulang seorang anggota polis bantuan dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta dalam kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Khamis.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis bantuan maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
- Kejadian berlaku apabila sebuah kereta Toyota Vios terbabas dan melanggar motosikal mangsa, menyebabkan mangsa tercampak ke lereng bukit dan ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
"Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan.
"Kenderaan terbabit kemudiannya melanggar motosikal ditunggang mangsa berumur 51 tahun itu mengakibatkan mangsa tercampak di lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa kemudiannya ditemui di kawasan semak berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi motosikal miliknya.
"Mangsa ditemui kira-kira jam 7.50 pagi, Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami