awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera ditembak warga Afrika

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2016
03:06 MYT
Anggota polis cedera ditembak warga Afrika
Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, Selangor. -Gambar hiasan
Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, Selangor.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota berpangkat lans koperal dikenali sebagai Syarom dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Sri Damansara cedera di paha kiri.
Keadaan anggota polis itu dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, anggota itu bersama rakan setugasnya telah mengejar kereta Myvi putih yang dinaiki tiga lelaki warga Afrika sejauh kira-kira dua kilometer.
Sebaik sahaja kereta itu terhenti, anggota itu kemudian mengejar salah seorang suspek yang cuba melarikan diri, namun terkena tembakan.
Ketiga-tiga lelaki warga Afrika itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan kereta yang dinaiki di persimpangan lampu isyarat di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Bandar Sri Damansara
#cedera ditembak
#Jalan Persiaran Industri
#warga afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan