awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000

Anggota polis didakwa tipu jual 'sunroof' kereta

Bernama
Bernama
18/10/2021
08:01 MYT
Anggota polis didakwa tipu jual 'sunroof' kereta
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria (sun roof) dua kereta pada Februari dan Mac lepas. - Foto BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria (sunroof) dua kereta pada Februari dan Mac lepas.
Mohamad Saddam Ahmad Zaidun, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohamad Saddam didakwa memperdaya dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 21 tahun dalam urusan jual beli bumbung suria kereta jenis Proton Inspira dan Toyota Camry dengan mendorong kedua-dua lelaki itu membayar wang pendahuluan RM500 setiap seorang.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 480, Tingkat Perusahaan 4B, Kawasan Perusahaan Perai di sini, pada 11.12 pagi, 1 Feb lepas dan di sebuah unit, Tingkat 1, Flat D2, Jalan Perai Jaya 3, Bandar Perai Jaya 3, Perai pada 8.12 malam, 8 Mac lepas.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Lushani dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Bukit Mertajam
#kereta Proton
#tipu sunroof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.