awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis direman lima hari, minta RM1,000 daripada pasangan kekasih berdua-duaan dalam kereta

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2020
08:12 MYT
Anggota polis direman lima hari, minta RM1,000 daripada pasangan kekasih berdua-duaan dalam kereta
Lima lelaki iaitu dua anggota polis dan tiga sukarelawan polis direman lima hari ekoran minta suapan RM1,000 daripada pasangan kekasih. - Gambar SPRM
Dua anggota polis dan tiga sukarelawan polis direman lima hari kerana meminta suapan RM1,000 daripada sepasang kekasih yang sedang berdua-duaan di dalam kereta.
Majistret Dora Andau membenarkan kesemua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu direman selama lima hari bermula Sabtu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.
esemua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu direman selama lima hari bermula Sabtu
Kesemua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu direman selama lima hari bermula Sabtu.
Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Kuching kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan.
Katanya,pada Khamis lalu, sepasang kekasih sedang berdua-duaan dalam kereta berhampiran kawasan pusat beli-belah kira-kira pukul 9.30 malam sebelum didatangi sebuah kereta peronda polis.
"Terdapat lima anggota polis dan seorang daripada mereka telah mengetuk cermin pintu pemandu kereta dan mengarah pasangan itu keluar daripada kenderaan.
Lima lelaki berkenaan meminta RM1,000 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang.
Lima lelaki berkenaan meminta RM1,000 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang.
"Anggota tersebut memaklumkan mereka melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dan akan mengambil tindakan. Anggota tersebut meminta RM1,000 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd. Zaki Hassan ketika dihubungi telah mengesahkan tangkapan tersebut.
Topic Berkaitan
#Berdua-duaan
#Kekasih
#Mahkamah Majistret Kuching
#Majistret Dora Andau
#Mohd Zaki Hassan
#Pejabat SPRM
#Pengarah SPRM Sarawak
#polis
#Rasuah
#RM1 000
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan