[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
NATIONAL

Anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM25,000 direman enam hari

Bernama 20/05/2025 | 07:46 MYT
SPRM negeri Terengganu menahan reman seorang anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu hari ini menahan reman seorang anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000, pada Oktober 2020.


Ringkasan AI
  • Penahanan anggota polis atas dakwaan rasuah: SPRM Terengganu menahan reman seorang anggota polis yang didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM25,000.
  • Proses siasatan dan undang-undang terlibat: Suspek yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu direman sehingga 25 Mei 2025.
  • Modus operandi dan tindakan SPRM: Suspek didakwa menerima suapan secara tunai dan melalui transaksi bank ke akaun miliknya dan isterinya.


Perintah reman sehingga 25 Mei itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan oleh suruhanjaya berkenaan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri Terengganu, menerima suapan berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Suspek telah menerima suapan secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek dan isterinya," katanya menambah dia ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA




#SPRM Terengganu #anggota polis direman #menerima rasuah #IPD di Terengganu