awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/10/2024
03:50 MYT
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Azizi berkata anggota polis itu ditahan di sekitar kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk pada jam 7 malam Isnin. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut seorang lelaki untuk menyerahkan wang tunai RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau dihadapi lelaki terbabit.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota polis itu yang bertugas di sebuah balai di Daerah Bagan Datuk, ditahan di sekitar kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk pada jam 7 malam Isnin.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh sawit membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis terbabit.
“Kes ini berlaku di Teluk Intan dan saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah (OCPD) supaya menjalankan siasatan telus mempastikan ianya mengikut lunas undang-undang.
“Apa juga pelaksanaan undang-undang, kesalahan yang melibatkan sesiapa sahaja akan mengikut peraturan dan undang-undang dalam penyiasatan.
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mencemarkan nama baik pasukan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, hari ini.
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa berusia 37 tahun di sebuah rumah di Langkap, Teluk Intan, pada 26 September lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, di dalam ucapannya, Azizi turut mengingatkan warga polis Kontinjen Perak supaya menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan integriti, selain tidak terbabit kesalahan jenayah.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#peras ugut
#buruh sawit
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan