Anggota polis ditemui mati dalam parit

Bernama
April 30, 2016 07:53 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Roydin Jamaludin ditemui kira-kira 9 pagi dengan terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Seorang anggota polis ditemui mati di dalam parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Roydin Jamaludin ditemui kira-kira 9 pagi dengan terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata mayat mangsa dalam pakaian biasa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Beliau berkata pihaknya masih mengenal pasti punca kematian anggota tersebut dan meminta orang yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi pihak polis.
#ditemui mati #Jalan Kampung Tengah #Muar #parit #polis #Roydin Jamaludin #Sungai Abong