PUTRAJAYA: Anggota polis yang didapati melakukan kesalahan termasuk bersekongkol dengan "Geng Nicky" tidak akan terlepas daripada tindakan, dan akan disiasat mengikut undang-undang sedia ada.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dijalankan jika kesalahan itu di bawah Akta Polis.
"Ada prosedur-prosedur tertentu, contohnya kalau seorang dianggap bersalah, dan ia hendak dihukum supaya turun pangkat, ada proses nak melakukannya.
"Selepas itu dibawa ke Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) dan kalau SPP rasa ia betul seperti mana yang dipersetujui, maka jatuhlah hukum seperti yang dibawa oleh Jabatan Integriti Polis.
"Tetapi kalau dia melakukan kesalahan-kesalahan yang memang ada (mengikut) undang-undang dalam negara ini, memang patut ditangkap tidak kira pegawai polis sahaja atau sesiapa sahaja.
"(Tindakan) kita tengok (semua) ianya dari segi ahli politik, rakyat biasa, atau pegawai kerajaan ia dilakukan dari masa ke semasa dan bukan polis sahaja," katanya dalam Sidang Media Meja Bulat di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya enggan menyerahkan senarai nama pegawai yang menjadi tali barut dengan “Geng Nicky” kepada Bukit Aman, sebaliknya berjanji mengheret mereka ke mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah terancang.
Ayob juga menegaskan tindakan undang-undang akan diutamakan manakala tindakan tata tertib dijadikan pilihan akhir dalam menangani kes pegawai polis yang terlibat dalam kes tersebut.
Mengenai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Hamzah berkata keputusan tersebut dibuat oleh SPP selaku suruhanjaya paling tinggi dalam pasukan keselamatan itu.
"Sesuatu keputusan itu hendaklah melalui SPP tetapi kalau yang biasa yang telah diluluskan oleh SPP, ia patut diterima oleh PDRM," ujarnya.
Pertukaran jawatan dalam PDRM sebelum ini menjadi isu apabila arahan pertukaran yang sudah dikeluarkan bulan lalu secara tiba-tiba ditangguhkan.
Hamzah yang juga selaku Pengerusi SPP turut menafikan mencampuri urusan pertukaran pegawai kanan polis seperti mana yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Hasimi Muhamad
Thu Apr 15 2021
Hamzah berkata terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dijalankan jika kesalahan itu di bawah Akta Polis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.