awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut dilanggar bas

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2021
04:06 MYT
Anggota polis maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar sebuah bas di Kilometer 16, Jalan Bentong-Raub, Bentong pada Selasa. -Foto ihsan PDRM
BENTONG: Seorang anggota polis maut apabila motosikal ditungganginya dipercayai terbabas dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dia dilanggar sebuah bas di Kilometer 16, Jalan Bentong-Raub di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Arisham Azahari, 37, yang bertugas di Balai Polis Dong, Raub disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Bentong.
Ketika tiba di tempat kejadian, katanya, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal lain di hadapan.
"Mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mana-mana pihak yang mempunyai makkumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Arisham Azahari
#dilanggar sebuah bas
#anggota polis maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan