awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut, motosikal terbabas di Lebuhraya Utara Selatan

Bernama
Bernama
06/06/2025
15:15 MYT
Anggota polis maut, motosikal terbabas di Lebuhraya Utara Selatan
Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kedah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 253.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar semalam.
IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kedah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 253.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata dalam kejadian 7.24 malam itu, mangsa Shamsul Ishak, 58, yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengalami kecederaan termasuk lebam dan calar pada bahagian rusuk kiri.
"Siasatan lanjut mendapati setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi pembahagi jalan hingga tercampak. Mangsa yang cedera parah telah dibawa dengan menaiki ambulans ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
"Kemudian pada 9.24 malam, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital itu," katanya.
Noor Hisam berkata mangsa didapati sedang bercuti dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alor Setar, Kedah selepas berjumpa dengan rakan-rakannya di serata negeri.
Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#kemalangan
#motosikal terbabas
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan