MALAYSIA
Anggota polis maut: Pemandu lori ditahan
Jafri berkata lelaki berusia 64 tahun yang merupakan seorang peniaga itu ditahan di rumahnya di Bagan Serai kira-kira 6.30 petang hasil maklumat orang awam. - Gambar hiasan Adobe Stock Image
IPOH: Pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan seorang anggota polis yang maut di Kilometer 94 Jalan Ipoh-Butterworth, berhadapan Taman Selinsing Indah dekat Bagan Serai pada Rabu lepas telah ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Jafri Md Zain berkata lelaki berusia 64 tahun yang merupakan seorang peniaga itu ditahan di rumahnya di Bagan Serai kira-kira 6.30 petang hasil maklumat orang awam.
"Suspek tiada rekod jenayah lampau, ujian air kencing juga didapati negatif. Pagi tadi pun kita telah ambil sampel darah suspek untuk analisis bagi kandungan dadah atau alkohol.
"Kini kita tunggu siasatan selesai dan akan hantar laporan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rabu lepas, seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di lokasi tersebut.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata Konstabel Muhammad Hakim Danial Ruhiman, 23, yang berkhidmat di Balai Polis Bagan Serai mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang dan kaki sebelum meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
-- BERNAMA