NATIONAL
Anggota polis meninggal dunia dalam tahanan

Siasatan awal mendapati si mati merupakan anggota dari IPK Perlis yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KANGAR: Seorang anggota polis ditemui meninggal dunia ketika dalam tahanan di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka di sini, pada Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis berusia 28 tahun yang ditahan di Pusat Koreksional Perlis atas kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan ditemui meninggal dunia dalam sel.
- Si mati mempunyai rekod psikiatri sejak 2017 dan enggan hadir ke mahkamah pada hari kejadian; dia ditemui tidak sedarkan diri oleh warden dan disahkan meninggal dunia di hospital.
- Tiada unsur jenayah dikesan dalam siasatan awal, dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah untuk mengenal pasti punca kematian sebelum jenazah dibawa pulang ke Setiu, Terengganu.
"Sebelum ditemui tidak sedarkan diri, dia dilawati setiap jam oleh wadar bertugas dan setiap tinjauan mendapati dia hanya diam sambil berbaring di tempat tidur.
"Bagaimanapun wadar yang meronda kemudian cuba mengejutkan lelaki itu yang disangka tidur namun dia didapati tidak bergerak. Dia segera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
"Pihak hospital bagaimanapun mengesahkan dia sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Ahmad Mohsin berkata, laporan polis berhubung kematian tahanan itu dibuat dibuat pada jam 5.25 petang Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, lelaki itu pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sebelum ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dua tahun lalu.
Jelasnya lagi, dia ditempatkan di Pusat Koreksional Perlis sejak 17 Mac 2023 dan menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kangar.
“Lelaki itu mempunyai rekod psikiatri dan dirujuk di beberapa hospital sejak 2017. Tiada unsur jenayah ditemui yang boleh menjurus ke arah punca kematian dalam kejadian ini.
"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.
Jelas Ahmad Mohsin, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami