MALAYSIA
Anggota polis parah ditembak, ditikam ketika bergelut suspek bawa mayat wanita
Polis menjumpai mayat seorang wanita di tempat duduk belakang kenderaan suspek, identiti dan punca kematian masih disiasat. - Astro AWANI
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes cubaan bunuh ke atas seorang anggota polis serta penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kenderaan di kawasan Simpang Pulai Ipoh, awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang Pulai, yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah, telah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan.
Menurutnya, mereka cuba menahan kereta tersebut tetapi suspek bertindak melarikan diri sebelum berhenti di kawasan kebun kelapa sawit.
Dalam usaha melakukan tangkapan, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis terlibat.
Noor Hisam dalam kenyataannya berkata, dalam pergelutan itu, seorang anggota polis telah ditembak di bahagian perut oleh suspek, menggunakan pistol miliknya yang dirampas lelaki berkenaan.
Mangsa berpangkat Konstabel yang berusia 26 tahun turut ditikam sebelum suspek melarikan diri bersama pistol yang dirampas.
Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Menurut Noor Hisam, pemeriksaan lanjut ke atas kereta suspek telah menemui mayat seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya di bahagian tempat duduk belakang.
Katanya, bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian wanita berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Besar) 1971.
Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Fadli Ahmad di talian 012-2500019.
Noor Hisam menegaskan PDRM tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes jenayah serius sebegini dan sedang meningkatkan usaha untuk menangkap suspek dengan segera.
Ringkasan AI
- Seorang konstabel berusia 26 tahun ditembak dan ditikam oleh suspek semasa pergelutan di Simpang Pulai, namun kini dalam keadaan stabil.
- Polis menjumpai mayat seorang wanita di tempat duduk belakang kenderaan suspek, identiti dan punca kematian masih disiasat.
- Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api, dengan usaha intensif sedang dijalankan untuk menangkap suspek yang melarikan diri.