[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan

Adie Sufian Zulkefli 19/05/2020 | 15:01 MYT
Mangsa dikatakan terjatuh di tempat kejadian. - Foto ihsan polis
Seorang anggota polis trafik mengalami kecederaan di kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika mengiringi kenderaan Menteri Besar Kedah, petang Selasa.
Dalam kejadian jam 5.30 petang tadi, mangsa, Lans Koperal Mohd Azlan Iswan dikatakan terjatuh di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, anggotanya yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sik itu dikatakan mengiringi menteri dari Tol Gurun ke kediaman persendiriannya di Sungai Pau, Sik.
Beliau berkata, anggota terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan.
#Hospital Sik #kemalangan #Lans Koperal Mohd Azlan Iswan #MB Kedah #Menteri Besar Kedah #pengiring #Polis Daerah Sik #polis trafik #sik #Sungai Pau #Tol Gurun