PETALING JAYA: Mana-mana pegawai atau anggota polis yang menerima sampul berisi wang atau angpau semasa waktu bekerja merupakan satu kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata hal ini kerana mereka telah dibayar gaji setiap bulan, selain mengelak berlakunya kejadian salah laku jenayah.
"Melainkan mereka ini tidak bekerja (dalam polis) dan itu dibenarkan menerima angpau daripada rakan atau ahli keluarga sempena apa-apa perayaan.
"Polis mempunyai prosedur operasi standard bahawa setiap anggota polis yang keluar bertugas perlu diberi taklimat selama 15 minit oleh penyelia dan melakukan pemeriksaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 21 dan Perasmian VSP 2.0 bersempena Tahun Baharu Cina 2024 di Persada PLUS, Subang, di sini, hari ini.
Razarudin berkata pemeriksaan itu antaranya melibatkan pemeriksaan jumlah wang saku yang dibawa oleh anggota, pemeriksaan senjata api dan kereta peronda polis.
"Sebagai contoh jika anggota polis itu dalam wang sakunya ada RM100 maka anggota berkenaan perlu membuat pengisytiharan di dalam buku, termasuklah apa sahaja barang yang dibawa oleh anggota itu.
"Sekiranya anggota itu keluar bertugas membawa RM100 maka pulang bertugas pun mestilah RM100 juga, penyelia yang baik akan membuat pemeriksaan sebelum dan selepas bertugas," katanya.
Beliau berkata perkara ini telah ditegaskan kepada semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta pegawai kanan polis di seluruh negara.
"Mereka perlu menentukan penyeliaan setiap pegawai dan anggota polis yang bertugas di pentadbiran masing-masing," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai seorang anggota polis yang bertugas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur yang menyimpan wang tunai yang diragui sumbernya apabila selesai bertugas, Razarudin berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan.
Razarudin berkata kes itu sedang disiasat oleh JIPS.
Semalam, Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad dilapor berkata JIPS sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang anggota polis yang dikesan menyimpan beberapa sampul angpau mengandungi wang tunai yang diragui sumbernya dalam pemeriksaan di sebuah balai polis di ibu kota.
Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai perkembangan siasatan berhubung kenyataan Tony Pua yang didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Razarudin berkata kertas siasatan kes itu dijangka siap dalam tempoh terdekat.
"Siasatan kes akan disiapkan dalam tempoh tujuh hari sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, polis telah mengambil keterangan Tony Pua pada Isnin lepas dan kes itu masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Razarudin pada sidang media selepas majlis pelancaran Op Selamat 21 dan VSP 2.0 sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Persada PLUS hari ini. --fotoBERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.