awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis

Bernama
Bernama
06/03/2024
22:30 MYT
Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Anggota polis berpangkat konstabel terpaksa menerima tujuh jahitan susulan kejadian bergelut dengan penagih itu, namun berada dalam keadaan stabil dan diberi cuti sakit selama tiga hari.
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang Selasa.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
"Kejadian berlaku sekitar 4 petang ketika pasukan operasi menyerbu 'port ketum' di kawasan terbabit dan seorang penagih cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis.
"Anggota berkenaan cuba menahan suspek yang hendak melarikan diri tetapi berlaku sedikit pergelutan menyebabkan dia terjatuh sehingga tapak tangan kirinya tertusuk kayu," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata susulan insiden itu, mangsa terpaksa menerima tujuh jahitan namun berada dalam keadaan stabil dan diberi cuti sakit selama tiga hari.
Mohamed Usuf Jan juga berkata Op Tapis dijalankan serentak di seluruh negara mulai Isnin lepas dan berakhir semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#penagih dadah
#Op Tapis
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan