awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Optik: MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard
Seludup migran: Hukuman penjara 8 tahun empat warga Indonesia kekal
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis trafik, penghantar makanan cedera motosikal bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2021
23:12 MYT
Anggota polis trafik, penghantar makanan cedera motosikal bertembung
Kedua-duanya yang masing-masing berusia 33 dan 26 tahun cuma luka kecil di beberapa anggota badan. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan sama milik pekerja penghantar makanan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Batu Buruk di sini, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, bagaimanapun kedua-duanya yang masing-masing berusia 33 dan 26 tahun cuma luka kecil di beberapa anggota badan.
"Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggang anggota berkenaan bertembung dengan motosikal penghantar makanan tersebut ketika hendak membelok ke kanan menghala ke arah Kuala Ibai.
“Ketika kejadian motosikal jenis Yamaha SYM yang ditunggang penghantar makanan itu dari arah Kuala Ibai, di sini menghala ke pusat bandar. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambah Abd Razak, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Anggota polis trafik, penghantar makanan cedera motosikal bertembung
Topic Berkaitan
#motosikal
#polis trafik
#Nahas
#jalan raya
#bertembung
#penghantar makanan
#cedera
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan