awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota SPRM perlu bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih - Abu Kassim

Bernama
Bernama
02/09/2015
23:29 MYT
Anggota SPRM perlu bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih - Abu Kassim
SPRM turut menggesa pengubal undang-undang tanpa mengira perbezaan politik untuk bersatu serta membantu suruhanjaya untuk mewujudkan satu institusi antirasuah yang benar-benar bebas.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed hari ini menyeru masyarakat untuk menjadi pelindung dalam usaha mempertahankan institusi antirasuah itu daripada sebarang campur tangan yang akan menjejaskan kebebasannya.
SPRM turut menggesa pengubal undang-undang tanpa mengira perbezaan politik untuk bersatu serta membantu suruhanjaya untuk mewujudkan satu institusi antirasuah yang benar-benar bebas.
"Pendakwa raya di Malaysia yang bertanggungjawab dalam melakukan pendakwaan juga hendaklah bertindak tanpa pilih kasih dalam tugas yang diamanahkan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) kali ke-16 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama tiga hari bermula Rabu.
Selain itu, Abu Kasim turut mengingatkan anggotanya untuk sentiasa bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih dalam apa jua situasi.
Beliau berkata pihaknya tidak membenarkan sebarang kekebalan wujud dalam setiap siasatan yang dilakukan oleh anggota-anggotanya.
"Kami percaya untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam isu kekebalan, semua institusi dalam sistem keadilan jenayah mesti bertindak mengikut merit setiap kes," katanya.
Topic Berkaitan
#Abu Kasim Mohamed
#PICC
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan