awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera cabul kehormatan wanita ditahan - Polis

Bernama
Bernama
07/10/2021
19:57 MYT
Anggota tentera cabul kehormatan wanita ditahan - Polis
Polis mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen di sini dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah premis vape di Taman Keramat di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata individu berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di sini pada 12.30 tengah malam tadi.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen di sini dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.
"Ujian saringan turut dibuat dan mendapati suspek negatif dadah manakala uniform suspek dipercayai dipakai semasa kejadian turut dirampas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Farouk berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya ke atas suspek yang direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anggota tentera
#jilat tangan
#premis vape
#cabul wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan