Anggota tentera maut tersepit kemalangan dengan lori tangki

Aida Aziz
November 1, 2019 10:53 MYT
Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki Petron dengan sebuah Perodua Kembara. - Foto ihsan JBPM
Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Kembara dengan sebuah lori tangki di Lebuhraya Timur Barat, selepas Hentian Puncak Titiwangsa menghala ke Jeli, di sini pada Jumaat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 11 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dengan sebuah Perodua Kembara, mengakibatkan seorang mangsa iaitu anggota tentera, Saiful Faez Ruslan, 24, tersepit di dalam Kembara.
"Anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba, Mohd Nizam Zakaria itu tamat pada jam 12.15 tengahari.
#Anggota tentera #anggota tentera maut dalam kemalangan #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM Perak #jeli #Lebuhraya Timur Barat #lori tangki #Perodua Kembara #Saiful Faez Ruslan