MALAYSIA
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu pikap jenis Toyota Hilux berusia 30 tahun membuat pusingan U selepas membuang sampah ke dalam tong di tepi jalan. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Seorang anggota Tentera Darat putus kaki kanan selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Pinang Jaya, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 33 tahun yang mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu pikap jenis Toyota Hilux berusia 30 tahun membuat pusingan U selepas membuang sampah ke dalam tong di tepi jalan.
Menurutnya, ketika pemandu pikap itu melakukan pusingan U, motosikal jenis Yamaha YZF-R1 yang ditunggang mangsa dari arah Padang Kunyit menuju ke Jalan Bukit Pinang telah melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan berkenaan.
“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di atas jalan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah apabila kaki kanannya putus dari bahagian lutut.
Tambahnya, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu pikap yang membuat pusingan U tanpa berhati-hati sehingga dilanggar motosikal yang berada di laluan bertentangan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, pemilik pikap turut akan disaman kerana membenarkan individu yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan miliknya,” ujarnya.