Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Anggota trafik cedera ketika iringi konvoi Brazil

Ernalisa Othman 26/10/2025 | 14:55 MYT
Motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan orang awam
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera ketika mengiringi konvoi delegasi Brazil sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Seorang anggota trafik cedera selepas motosikalnya melanggar kereta semasa mengiringi konvoi delegasi Brazil bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Jalan Tun Razak.
  • Mangsa tercampak di tepi jalan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
  • Ini merupakan kemalangan kedua melibatkan anggota trafik yang bertugas semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.


Kemalangan dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu apabila motosikal ditunggang anggota berkenaan melanggar sebuah kereta yang berhenti secara mengejut.

Insiden itu menyebabkan anggota terbabit tercampak di tepi jalan dan rakaman kejadian turut tular di media sosial.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan mangsa terbaring berdekatan susur masuk ke Pusat Perdagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, manakala beberapa anggota lain segera datang membantu.

Motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Kemalangan berkenaan merupakan insiden kedua melibatkan anggota trafik yang bertugas mengiringi konvoi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara dari Ahad hingga Selasa.



#Anggota trafik cedera #Mangsa dapatkan rawatan lanjut #iringi konvoi Brazil #Sidang Kemuncak ASEAN