MALAYSIA
Anggota TUDM hilang sejak 24 Ogos ditemukan selamat hari ini
Punca kehilangan Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, masih dalam siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lepas ditemukan selamat di Ampang, Selangor, tengah hari tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata punca kehilangan Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, masih dalam siasatan dan hasilnya akan dimaklumkan kemudian.
"Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memberikan maklumat sehingga orang hilang berjaya ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media pada Isnin melaporkan Muhammad Ammar kali terakhir dikesan mandi bersama rakannya di Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor pada 23 Ogos.
Beliau bertugas di Pangkalan Tentera Udara Subang dan kini dalam tempoh menjalani kursus penyelia pengangkutan kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Bandar Kinrara, Puchong.
Pada 24 Ogos, rakan sebilik kursus menghubungi lelaki itu namun mendapati telefon bimbitnya dimatikan sebelum anggota TUDM dari INSMAT membuat laporan polis pada 25 Ogos, 4.16 petang kerana Muhammad Ammar tidak melaporkan diri semula ke institut itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Anggota TUDM yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos ditemukan selamat di Ampang, Selangor, dan punca kehilangan masih dalam siasatan.
- Muhammad Ammar kali terakhir dilihat mandi di Sungai Kedondong, dan gagal melaporkan diri semula ke institut latihan, menyebabkan laporan polis dibuat.
- Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga beliau berjaya ditemui, dan hasil siasatan akan dimaklumkan kemudian.