awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Bernama
Bernama
07/11/2020
03:56 MYT
Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Menurut polis, pemandu lori yang sedar telah melanggar sesuatu menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di atas jalan dengan kecederaan parah pada kepala.
KUALA LUMPUR:Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut digilis lori apabila terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya hilang kawalan di jalan yang digenangi air dalam kejadian di Jalan Kuching dekat sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa Mohd Husaini Mohd Nasir, 28, dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kira-kira pukul 4.42 petang, semasa hujan, mangsa yang menggunakan lorong paling kiri yang turut dipenuhi air tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan motosikalnya memasuki lorong paling kanan jalan.
"Sebuah lori yang turut melalui laluan kanan dipercayai telah melepasi motosikal berkenaan sebelum pemandunya menyedari telah melanggar sesuatu di bahagian tayar sebelah kiri.
"Pemandu lori berkenaan telah keluar untuk memeriksa keadaan dan menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di atas jalan dengan kecederaan parah pada kepala," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sementara kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulkefly Yahya
#anggota TUDM
#TUDM
#maut
#kemalangan
#motosikal hilang kawalan
#motosikal
#Jalan Kuching
#jatuh
#jalan digenangi air
#Trafik Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan