awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota TUDM maut rempuh belakang lori di lorong kecemasan

Bernama
Bernama
17/10/2015
06:24 MYT
Anggota TUDM maut rempuh belakang lori di lorong kecemasan
Fadzil berkata didapati lori berkenaan ditinggalkan tanpa pemandu dan polis sedang mengesan pemandu lori terbabit berdasarkan maklumat syarikat yang tertera pada lori tersebut. - Gambar Hiasan
Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas terlanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di KM66.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pendang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata mangsa V. Thinagaran, 23, dari Bandar Seri Astana, Sungai Petani maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang dari kem TUDM Kepala Batas untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Petani.
Fadzil berkata didapati lori berkenaan ditinggalkan tanpa pemandu dan polis sedang mengesan pemandu lori terbabit berdasarkan maklumat syarikat yang tertera pada lori tersebut.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
Sementara itu, bapa mangsa, R. Vasudevan, 49, berkata anak sulung daripada empat beradik yang berkhidmat dengan TUDM sejak empat tahun lepas itu akan pulang ke Sungai Petani setiap kali hujung minggu.
Topic Berkaitan
#Fadzil Hashim
#kemalangan
#KM66.3 Lebuhraya Utara-Selatan
#R.Vasudevan
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#V.Thinagaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan