Angin kencang, hujan lebat tanpa henti bakal landa Pantai Timur

Shafizan Johari
November 21, 2017 08:49 MYT
Hujan lebat tanpa henti selama empat hari bakal landa Pantai Timur. (Sumber: Facebook MetMalaysia)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selama empat hari bermula Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan.
MetMalaysia juga memaklumkan bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah bermula Khamis sehingga Isnin.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
#bah #banjir #banjir kilat #hujan #Johor #Kelantan #Malaysia #MetMalaysia #Pahang #Pantai Timur #ribut taufan #terengganu