awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angin kencang, laut bergelora hingga Jumaat

Bernama
Bernama
14/07/2018
23:17 MYT
Angin kencang, laut bergelora hingga Jumaat
Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Gambar hiasan
Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Utara Condore, Utara Reef North dan Palawan sehingga Jumaat (20 Julai).
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Kenyataan itu juga menerangkan bahawa angin kencang sehingga Jumaat itu juga dijangka melanda perairan Selat Melaka Utara, Samui, Selatan Condore, Selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak dijangka setinggi 3.5 meter.
Keadaan itu juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan kawasan pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di Sabah.
Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti perkapalan
#angin
#bahaya
#bot
#cuaca
#feri
#ikan
#Jabatan Meteorologi
#laut
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan