Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang terutama di bahagian tanah besar bermula hari ini hingga Ahad susulan tempias taufan Nakri dan Matmo.
Exco Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, ramalan cuaca esok dan lusa menjangkakan hujan dan angin kuat antara jam 1 tengah hari hingga 10 malam dan air laut pasang sehingga 2.3 meter (m) pada jam 10.51 malam dan 2.4m pada jam 11.15 malam, Ahad.
"Berdasarkan pemantauan, taufan Matmo telah mencapai taufan kategori 3 dan bergerak pada kelajuan 140 kilometer (km) sejam dengan angin ribut 155 km sejam menuju ke arah Bangladesh dan Myanmar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, tiupan angin Taufan Nakri pula pada kelajuan 110 km sejam dan ketika ini menuju ke arah selatan iaitu di Laut China Selatan.
Beliau berkata pihaknya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Katanya, beberapa kawasan di Bukit Mertajam, dekat sini, mengalami banjir kilat hari ini selepas hujan dengan purata 48 milimeter (mm) selama dua jam bermula jam 9 pagi namun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas air banjir kembali surut.
"Sebanyak 34 buah rumah di Kampung Jalan Bharu dan Kampung Tok Panjang dinaiki air kira-kira 0.3 meter manakala kawasan lain yang mengalami banjir kilat hanya melibatkan jalan dan air surut kira-kira jam 2.30 petang," katanya.
Sementara itu, tinjuan Bernama di Kuala Muda, Penaga, dekat sini, mendapati masih terdapat nelayan turn ke laut namun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk berpatah balik jika berlaku angin kencang.
Ketua Unit Nelayan Kuala Muda, Ariffin Mat, 50, berkata komuniti nelayan di situ mengambil langkah berjaga-jaga ketika di laut selepas mendapat maklumat mengenai taufan Nakri dan Matmo menerusi laporan akhbar serta media sosial. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 08 2019
Beberapa kawasan di Pulau Pinang terutama di bahagian tanah besar dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bermula hari ini hingga Ahad susulan tempias taufan Nakri dan Matmo. - Gambar hiasan
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan - MetMalaysia
Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.
Ribut Pia: Penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol dibatalkan pada Khamis
Ribut yang bergerak dari hujung Greenland ke arah Scotland itu dijangka membadai Belanda dan selatan Scandinavia.
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, berkurangan di Selangor malam ini
Situasi banjir di Selangor menunjukkan semakin pulih namun berbeza di Perak yang menyaksikan jumlah mangsa terus bertambah setakat 9 malam ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 5 petang ini.