awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Semenanjung mulai 10 April

Bernama
Bernama
08/04/2025
07:30 MYT
Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Semenanjung mulai 10 April
Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 11 hingga 12 April.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 11 hingga 12 April.
  • Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku, berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut, dan sukan laut.
  • Orang awam dinasihatkan untuk merujuk laman web rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan itu dalam tempoh berkenaan dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
"Angin barat laut juga dijangka bertiup kencang dan menumpu di utara Semenanjung bermula pada 10 hingga 13 April ini dan keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut," katanya.
Pada masa sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#amaran angin kencang
#laut bergelora
#perairan Phuket
#Selat Melaka Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan