awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian runtuhan lombong di Zimbabwe meningkat kepada 13 orang

Bernama
Bernama
01/10/2023
15:21 MYT
Angka kematian runtuhan lombong di Zimbabwe meningkat kepada 13 orang
Seramai 34 pelombong terperangkap dalam kejadian di lombong terbiar di Chegutu, kira-kira 100km barat laut Harare. - AP
HARARE: Angka rasmi korban runtuhan lombong emas di Zimbabwe meningkat kepada 13 orang selepas kerajaan memutuskan untuk menghentikan usaha mencari empat lagi pelombong yang hilang, kata pegawai.
Naib Presiden Zimbabwe Constantino Chiwenga memberitahu Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad bahawa tiada lagi harapan untuk mencari empat pelombong yang hilang dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat itu.
Seramai 34 pelombong terperangkap dalam kejadian di lombong terbiar di Chegutu, kira-kira 100 km barat laut Harare. Pasukan penyelamat menemukan 21 mangsa terselamat dan sembilan mayat.
Ketua Unit Tindak Balas Bencana, Nathan Nkomo, berkata usaha menyelamat terhalang oleh kekurangan sumber.
Zimbabwe mempunyai sejarah tragis kemalangan lombong, termasuk insiden di lombong arang batu Wankie pada 1972 apabila siri letupan bawah tanah di lombong milik British yang dikenali sebagai Rhodesia itu mengorbankan 427 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#runtuhan lombong emas
#Zimbabwe
#mangsa korban
#misi pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan