awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara babi, empat kenderaan kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2023
11:54 MYT
Angkara babi, empat kenderaan kemalangan
Siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
SEPANG: Angkara bangkai babi, seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 6.47 pagi.
"Siasatan mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 57 tahun dari arah Desa Pinggiran Putra menghala ke Alamanda sebelum melanggar bangkai babi yang berada di tengah jalan.
"Kenderaan mangsa yang hilang kawalan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan termasuk sebuah motosikal yang ketika itu berada di bahu jalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.
"Penunggang motosikal yang dilanggar oleh Honda City tersebut mengalami kecederaan luka ringan di bahagian tangan kanan, kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
"Tiga pemandu kenderaan lain yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Babi
#Sepang
#babi jadi punca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan