KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) meminta semua koperator di negara ini untuk mengambil vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Angkasa menyokong penuh usaha kerajaan untuk program vaksinasi ini yang merupakan program imunisasi terbesar negara, dan pengambilan vaksin perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Webinar 'Mengapa, Kenapa dan Keperluan Vaksinasi Covid-19 dan Kempen Vaksinasi Koperator, anjuran Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Angkasa secara persidangan video, menggunakan aplikasi Zoom.
Webinar itu turut melibatkan penyertaan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Noriah Ismail selaku ahli panel.
Sementara itu Abdul Fattah berkata Angkasa yang telah membuka lima Coop Farmasi dan sebuah kedai penjagaan kesihatan dengan jenama CoopWellness setakat ini, bercadang membuka 10 buah kedai Coop Farmasi di seluruh negara tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Abdul Fattah berkata Angkasa menyokong penuh usaha kerajaan untuk program vaksinasi ini yang merupakan program imunisasi terbesar negara, dan pengambilan vaksin perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. - Bernama

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion
Ia peningkatan lebih RM1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan susulan kesan pandemik COVID-19.

COVID-19: Gotong-royong bina semula sektor pelancongan
Orang ramai disaran bergotong-royong dalam membina semula industri pelancongan negara.

Kebenaran rentas daerah buka peluang orang melancong - Nancy Shukri
Kebenaran rentas daerah akan membuka ruang dan peluang untuk orang ramai melancong serta menjamin kelangsungan hidup pekerja.

Pusat urut, spa, pedicure, manicure dibenarkan kembali beroperasi
Pusat refleksologi, spa, pusat urut, pusat kesihatan (wellness), perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan beroperasi semula bagi merancakkan kembali industri pelancongan.

Program imunisasi bawa pemulihan ekonomi ke landasan tepat - Tengku Zafrul
Rancangan pemulihan ekonomi Malaysia berada di landasan tepat selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hari ini.

Program imunisasi 'game changer' perang kita menentang COVID-19 - Azmin Ali
Selain menjamin penjagaan serta perlindungan kesihatan awam, vaksinasi raya itu dijangka merancakkan ekonomi negara.

MKN tolak permohonan rentas daerah di Melaka
Majlis Keselamatan Megara (MKN) menolak permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk membenarkan aktiviti rentas daerah di negeri itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Angkasa gesa semua koperator ambil vaksin
Angkasa meminta semua koperator di negara ini untuk mengambil vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Orang ramai diseru melancong di kawasan setempat PKPB, PKPP
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Aktiviti pelancongan di negeri PKPB dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti premis
Kebenaran itu diberikan termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat 'edutainment', taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang.