Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Malaysia meneruskan momentum untuk kekal berada di barisan hadapan dalam industri produk halal dunia.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu komitmen luar biasa antara pemain industri, sektor perbankan, ulama dan juga saintis dikekalkan.
Justeru, beliau yang juga pengerusi Majlis Halal Malaysia mengingatkan semua pihak bahawa halal bukan sekadar logo dan makanan, tetapi juga perlu dilihat kepada kebolehpasaran produk.
"Halal Fiesta ASEAN (HALFEST ASEAN 2017) yang dianjurkan ini bukan sekadar menunjukkan produk halal Malaysia dan industri berkaitan dengannya tetapi tempat untuk berkongsi pengalaman dan memberi peluang untuk lebih ramai menceburi pasaran halal.
"Saya percaya dengan kerjasama dan perkongsian pintar, bukan sekadar menghasilkan barang untuk kegunaan orang Islam semata-mata sebaliknya menawarkan produk berkualiti tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.
"Kerjasama ini juga akan pastikan produk halal tidak dianggap sebagai kelas kedua tetapi perlu berada setaraf dengan produk 'high-end' dengan strategi pemasaran, penjenamaan dan kualiti yang baik," katanya berucap melancarkan HALFEST ASEAN 2017, pada Rabu.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Rizuan Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.
Ekspo halal terbesar negara itu diadakan di Pusat Pameran MINES, Kuala Lumpur bermula Rabu hingga Ahad ini membabitkan lebih 550 ruang pameran dengan 60 peratus adalah peserta bumiputera.
Dengan 6,000 produk dan perkhidmatan halal dipamerkan, HALFEST 2017 dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung.
Hilal Azmi
Wed Aug 23 2017
ZAHID: Kekalkan komitmen luar biasa antara pemain industri, sektor perbankan, ulama dan juga saintis - Foto BERNAMA
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.