MALAYSIA
Angkat sumpah Kabinet Sabah: Ewon bukan lagi anggota Kabinet Persekutuan - Fahmi
Ewon (gambar) sebelum ini menjawat jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick secara rasminya tidak lagi menjadi Anggota Jemaah Menteri Kabinet Persekutuan apabila mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet Sabah, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Fahmi memaklumkan perkara tersebut semasa ditanya mengenai status kedudukan Presiden UPKO itu yang sebelum ini menjawat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Ketika beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet Sabah, secara teknikalnya tidak lagi menjadi Anggota Jemaah Menteri peringkat Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini hari ini.
Pada masa sama, Fahmi turut mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan penghargaan kepada Ewon atas khidmatnya di dalam Kerajaan MADANI.
“Perdana Menteri juga telah mengucapkan terima kasih kepada Ewon waktu beliau mengangkat sumpah,” katanya.
Pada 1 Disember, Ewon mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri susulan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Pada 10 November, UPKO telah mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan demi memperkukuhkan agenda ‘Sabah First’.
Ringkasan AI
- Datuk Ewon Benedick tidak lagi menjadi Anggota Jemaah Menteri Kabinet Persekutuan selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet Sabah, menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai perkhidmatan Ewon di dalam Kerajaan MADANI dan turut mengucapkan terima kasih kepadanya ketika mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
- UPKO keluar daripada gabungan Pakatan Harapan pada 10 November untuk memperkukuhkan agenda 'Sabah First', manakala Ewon telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian selepas Pilihan Raya Negeri ke-17.