awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah: Rakyat Malaysia di Mesir selamat

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/08/2013
23:03 MYT
Anifah: Rakyat Malaysia di Mesir selamat
Semua rakyat Malaysia di Mesir berada dalam selamat biarpun situasi keselamatan semasa di negara itu merosot akibat konflik berdarah yang tercetus ekoran pentempuran antara pihak berkuasa keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi .
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan media hari ini membuat pengesahan tersebut dan menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
"Bagi pelajar Malaysia yang mahu pulang, mereka dinasihatkan memeriksa dan mengesahkan dengan universiti masing-masing sama ada akan terdapat sebarang perubahan pada tarikh bermula tahun akademik sebelum kembali semula ke negara itu, katanya.
Anifah berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya tidak mendekati kawasan berisiko konflik dan tidak menyertai sebarang perhimpunan bantahan.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir dinasihatkan untuk menangguhkan dan menjadual semula semua lawatan tidak penting ke negara itu.
Katanya kerajaan Malaysia melahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung perkembangan pergolakan semasa dan pertumpahan darah di negara itu yang sehingga ini telah mengorbankan ramai nyawa dan ribuan yanvg lain cedera.
Katanya kerajaan membantah dengan keras sebarang bentuk keganasan sebagai cara menyelesaikan sebarang konlfik dan berharap semua pihak di negara itu tidak memilih jalan keganasan sebaliknya mencapai penyelesaian secara damai.
"Adalah amat penting bahawa krisis politik semasa di negara itu perlu diselesaikan menerusi dialog yang berterusan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian yang berkesan dan berpanjangan," katanya.
Rakyat Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan semasa dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di alamat No. 21 El Aanab Street, Mohandesseen, Giza, Mesir.
Nombor talian kedutaan ialah (202) 37610013/ 19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-3760735/02-37610013 sambungan 140.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#mesir. konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan