awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjing 'gigit' tuan

Rohana Wahed
Rohana Wahed
26/08/2018
09:35 MYT
Anjing 'gigit' tuan
Choon San kemudian dihantar ahli keluarganya ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan susulan.
Ngeri dan cemas.
Itu merupakan pengalaman seorang lelaki hari ini selepas digigit anjing peliharaannya, gara-gara berasa terancam dengan kehadiran anjing lain di Pusat Vaksinasi Rabies di Kuching.
Mangsa Lim Choon San, 55 tahun cedera di lengan kirinya akibat gigitan itu.
Beliau kemudian diberikan rawatan segera oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) yang berada di lokasi.
Difahamkan insiden berkenaan berlaku apabila anjing milik Choon San berasa terancam dengan kehadiran anjing lain yang agak agresif, hingga menyebabkan penutup mulutnya terbuka sebelum bertindak mengigit tuannya.
Choon San memberitahu, beliau bagaimanapun yakin bahawa haiwan kesayangannya itu tidak membawa wabak rabies memandangkan ia hanya dikurung di dalam kawasan rumah.
Choon San kemudian dihantar ahli keluarganya ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sejak diisytiharkan sebagai wabak pada 30 Jun 2017, rabies di Sarawak telah merekodkan sebanyak 13 kematian.
Topic Berkaitan
#gigitan
#Hospital Umum Sarawak
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
#JPVS
#Kuching
#Lim Choon San
#Pusat Vaksinasi Rabies
#rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan