awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjur konsert tanpa permit, IPTA dikompaun RM25,000

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2023
05:47 MYT
Anjur konsert tanpa permit, IPTA dikompaun RM25,000
Laporan Sinar Harian pada 14 Jun lalu. (Gambar kecil: Alias)
KUALA TERENGGANU: Sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus berdepan kompaun RM25,000 susulan penganjuran sebuah konsert di pusat pengajian itu tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Perkara itu disahkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Alias Razak.
Menurut Alias, notis kompaun berkenaan dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di bawah Undang-undang kecil, Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan MBKT 2002.
"Konsert yang dianjurkan di universiti itu pada 10 Jun lalu diadakan tanpa sebarang permohonan permit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Ahad.
Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 37 saat memaparkan sebuah konsert yang dikatakan diadakan di dalam dewan sebuah universiti di Terengganu.
Berdasarkan video tular itu, konsert tersebut dipercayai dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan universiti itu dan berlangsung dalam keadaan bercampur antara lelaki dan perempuan.
Ekoran penularan video itu, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat mengarahkan perkara itu disiasat.
Ujarnya, konsert tersebut bertentangan dengan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang telah dikuatkuasakan kerajaan negeri sebelum ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPTA di Kuala Nerus
#konsert
#Alias Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan